Friday 5 July 2013

PERASMIAAN HARI KOPERASI 2013

   Pelancaran Hari Koperasi 2013

                                                                                             

Seiring dengan program Teknologi Hijau yang sedang dilaksanakan oleh pihak sekolah, bertemakan 'Koperasi Bersatu Demi Persekitaran Sejagat' maka Hari Koperasi 2013 telah dilancarkan pada 3 Julai 2013. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Ramli bin Maarof, AJK Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka. Selain daripada pembacaan perutusan-perutusan, pelajar dan guru telah dihiburkan dengan persembahan drama bertajuk 'A Decision For Tomorrow'. Ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang telah menjayakan drama yang sangat menarik dan penuh bermesej. Tahniah juga diucapkan kepada semua penerima hadiah pencarum terbanyak kategori guru dan pelajar.